CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 15, 2009

Kursus KIPA

ari ni ari yg ke 3 aku kat Institut Aminudin Baki Genting, ada lagi 1 minggu lebih utk habih. Aku dihantar ke cni utk kursus Intruksional & pembangunan Indragogi...kursus utk cikgu2..hehe katanya..tp merangkumi semua la ICT, p&p, kurikulum n etc....

Kelas dia dr pagi sampai petang, ada ari yg sampai mlm pun ada kelas...penat?? mmg penat skit la dengar ceramah je kan...mkn? sedap,,,xda masalah...ccuma...
utk pg kelas aku kena naik tangga sebanyak 120 anak tangga..pergh letih gak sampai kat atas tu...naik turun..hahah boleh bayangkan kan...

Batrisyia??? dia tinggal ngan mak aku n maksu n mak tam dia...dah 2 hari aku call..ok le tak nangis le kata mak aku...alhamdulillah...harap aku dapat bertahan smpai habis kursus..amin...

Baby, makin ok le alahan aku tak mcm 2 minggu lepas...skrang dah kuat skit n mkn pun dah makin lalu.Harap2 dia pun jd kuat mcm kakak dia dulu n tak banyak hal...semoga anak2 aku menjadi anak yg baik..amin...

Tuesday, May 5, 2009

SAKIT

Smlm aku MC, anak aku kena demam panas dan aku juga masih lagi batuk n selsema sejak ari Jumaat lepas.

Smlm lepas mkn ubat aku n anak aku berlawan tidoq ...hehe tgk sape yg jadik johan..tentulah anak aku yg mmg johan tu...
mr hubby pun amik cuti smlm utk menjaga 2 org ni...tima kasih ye ayah...

ari ni pun batuk n rasa ketidakselesaan badan masih ada ditahap 80%...aku rasa cm nak tidoq je...sabar2...masa rehat nnti bleh le pegi berbaring jap..

mkn??aku tak lalu mkn ...sama gak ngan anak dara aku...dia asik ngangis ja, batuk ja nangis minta dibuai..ari ni demam dia dah kurang...harap2 dia cepat sihat la hendaknya..

Wednesday, April 29, 2009

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

Masa tgh layan blog2 jualan baby appearal clearance aku jumpa story ni...just utk renungan kita bersama...TQ Mia zariel blog..

Engkau Terbaik Untukku
----------------------------------
" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.

"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.
"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.
"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba. "Why?"Sybil tertanya-tanya.
"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa.
Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.
SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.
"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Jumpa lagi, Insya Allah.

Friday, April 10, 2009

Letih!!

sejak akhir-akhir ni, aku cepat letih, malas, sgt malas dan sebagainya...
tak tau la pembawakan atau apa, tp yg pasti aku sgt penat bila balik keja, kul 9mlm ja cm nak pengsan dah rasa...ooo Tuhan..kuatkan la semangat aku ...KAU beri kan la aku kekuatan...Amin..

Tuesday, April 7, 2009

Sketch Photo My Lovely Batriysia

Hari ni aku baca blog member aku.. so dpt info baru...
dia buat sketch gmbar anak dia n family dia guna website, so interesting, aku pun memcuba la...tima kasih ye kak...so nice!!! aku SGGGGTTT suka...

Ni lah hasilnya...JENG JENG...




and lagi....

dan lagi...

Wednesday, March 25, 2009

Anugerah Ilahi


Setelah lama menunggu utk kehadiran cahayamata kedua, rasanya aku positif kot..
besssnya...ari tu check HPT cm 2 line...aku n hubby org yg paling gembira dgn berita ni...dah lama tunggu kan..so harap2 pasni batrisyia akan ada kawan..so bleh ler panggil dia kak long..

dulu tiap kali hari cuti kesian tgk dia, main sorg2 tak dak teman...cuma diteman mama dgn ayahnya je, mayb dia rasa bosan kot..coz tiap kali ambik dr umah pengasuh yg mmg sedia ramai kawan (anak2 jirannya yg suka melepak di rumahnya) mesti tak nak balik punya...kesian kan..

so wish me luck and doa2 harap-harp ini anugerah dari Tuhan akan menjadi nyata..

Friday, February 13, 2009

Cinta Mu Mekar Di Hati

May
Cinta Mu Mekar Di Hati
Kau umpama bunga yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya
Kau umpama bintang menyinari hidupku
Ku harap kauterus bersinar
Di ketika kau Perlukan aku
Sentiasa aku
Ada di sisimu
Di ketika
Rindu padamu
Terasa cinta
Semakin dalam
Sayang
Kasihku abadi
Cintamu mekar
Di hati ini
Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta
Selama-lamanya